Thursday, November 7, 2013

complete us

Peace be upon you Sahabat,

Kawan. Perkataaan kawan boleh melengkapkan satu daripada list hidup aku. Alhamdullilah, sorang daripada kawan baik aku dah dapat tawaran ke universiti. Aku gembira sebab kitaorang semua dapat sambung belajar ke universiti, dapat jalan untuk capai cita-cita. Menara gading. Tadi, aku dengan semua kawan baik aku pergi hang out jap. Kedai mamak, so Malaysian hahaha. Bila dah jumpa, macam-macam cerita keluar. Cerita masa zaman kegemilangan kitaorang. Cerita naik basikal sama-sama, sambil semua tersenyum. Memories Memories. Nak dekat pukul 6.00 petang, sorang daripada kawan baik aku ni bawak kereta, alang-alang hantar semua balik rumah terus. Kenangan yang tadi akan jadi penambah chapter dalam kehidupan aku.



Kita dah berkawan baik lama, dan berharap akan kekal sampai bila-bila...
.

Friday, November 1, 2013

deh day..

Peace be upon you Sahabat,

Alhamdullilah, itu yang mampu aku sebut bila tengok keputusan sem 1. Jujur aku gembira. Okay, stop pasal result. Tadi aku dengan kawan baik aku pergi mall. Dia nak beli charger phone. Ahhh.. aku rindu zaman keluar ramai-ramai dengan kawan baik. Hujan punya lebat, tapi demi sayang kawan aku tempuhi juga <----* ayat nak kena lempang*. Walaupun sekejap tapi aku gembira. Lepas rindu :') . Masa nak balik, aku dengan kawan baik aku jumpa ramai budak-budak. Macam lower form. Reunion agaknya. Hahaha, macam aku dulu-dulu je aku tengok. Aku dengan kawan baik aku gelak sakan tengok keletah diorang. Imbas kenangan sangat. Dengar diorang cakap pasal Desa Waterpark. Dalam hati, ehh, kitaorang dulu pun pergi situ ramai-ramai jugak ! . Kenangan sangat. Takkan akan aku lupa.



Masa ni lah korang nak cipta kenangan adik-adik. Boleh dijadikan bahan cerita dimasa hadapan. Bahan untuk kauorang senyum dengan kawan-kawan nanti. Bahan yang sangat berharga :')

Wednesday, October 30, 2013

Start it again they say..

Peace upon you Sahabat,

Blog ni bukanlah yang pertama yang aku tulis. Tak ingat yang ke berapa, aku enjoy menulis blog tapi disebabkan keadaan tak mengizinkan aku berhenti menulis. Aku bukan jenis pandai mengatur ayat, tapi aku suka menulis, cerita random. Cerita pasal kehidupan, persahabatan dan perkara yang boleh menaikkan semangat aku. Aku nak cerita pasal kenangan yang manis, yang boleh buat aku tersenyum. Blog untuk meluahkan perasaan, macam diari tapi tak terlalu peribadi. Cerita kehidupan sebagai remaja yang masih mencari jalan.

cerita seorang gadis :)